Malaikat Bersifat Maksum Artinya

Malaikat Bersifat Maksum Artinya


ADAKAH MALAIKAT MELAKUKAN KESILAPAN?


Oleh Ustaz Idris Sulaiman, 17 Disember 2018



ISI UTAMA


  1. Dalil Al Quran Dan As Sunnah Menjelaskan Bahawa Malaikat Maksum Dan Terpelihara Dari Kesalahan
  2. Malaikat Tidak Menderhaka Kepada Allah & Beribadat Tanpa Letih
  3. Allah Menjadikan Malaikat Maksum, Jujur Dan Amanah Dalam Melaksanakan Tugas
  4. Implikasi Jika Malaikat Melakukan Kesalahan – Akan Menimbulkan Kesangsian Pencatat Amal (Raqib & Atib) Atau Malaikat Mencabut Roh Tersilap
  5. Bukti Malaikat Maksum Seperti Dalam Riwayat Hadis Kad Atau Catatan Timbangan Amal
  6. Dakwaan Malaikat Melakukan Kesalahan Tidak Didukung Oleh Mana-Mana Dalil Sahih Dan Amalan Sahabat, Bahkan Ia Suatu Tuduhan, Celaan Dan Sangkaan Buruk Kepada Allah Taala




KANDUNGAN



DALIL AL QURAN DAN AS SUNNAH MENJELASKAN BAHAWA MALAIKAT MAKSUM DAN TERPELIHARA DARI KESALAHAN

Jika dilihat nas-nas Al-Quran dan Equally-Sunnah dapat disimpulkan bahawa para malaikat maksum dan terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Bahkan mereka dijadikan oleh Allah subhanahu wa ta’ala untuk semata-mata taat kepada-Nya.


MALAIKAT TIDAK MENDERHAKA KEPADA ALLAH & BERIBADAT TANPA LETIH


Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-nya kepada mereka, dan mereka tetap melakukan segala yang diperintahkan”
(Surah At-Tahrim: ayat vi)

Yakni mereka melaksanakan apa yang diperintahkan dengan segera, tanpa salah silap.


Firman Allah SWT:
“Mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya”
(Surah Al-Anbiyaa’: ayat 27)


Firman Allah SWT:
“Dan segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak menyombongkan diri dengan enggan beribadat kepada-Nya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.”
(Surah Al-Anbiyaa’: ayat 19)

Baca Juga :   Sin 90 Derajat


Firman Allah:
Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang Menjadikan Malaikat Utusan-Utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat. Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakannya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu”
(Surah Faathir: ayat i)


ALLAH MENJADIKAN MALAIKAT MAKSUM, JUJUR DAN AMANAH DALAM MELAKSANAKAN TUGAS

Allah mengatakan bahawa Dia melantik daripada kalangan malaikat-Nya utusan-utusan untuk melaksanakan sesuatu urusan atau perintah. Antara ciri-ciri utusan malaikat ialah bahawa mereka maksum, bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Seperti mana para nabi dan para rasul.


IMPLIKASI JIKA MALAIKAT MELAKUKAN KESALAHAN – AKAN MENIMBULKAN KESANGSIAN PENCATAT AMAL (RAQIB & ATIB), MALAIKAT MENCABUT ROH TERSILAP

Andaian bahawa malaikat boleh melakukan kesahan dan kesilapan pada hakikatnya akan MENIMBULKAN BANYAK IMPLIKASI.

Sebagai contohnya, ia akan MENIMBULKAN KESANGSIAN tentang sejauh mana misalnya ketepatan dan kesahihan catatan MALAIKAT PENCATAT AMAL; raqib dan atid. Ia juga akan menimbulkan andaian bahawa MALAIKAT PENCABUT ROH manusia boleh tersilap mencabut roh yang tidak sepatutnya, di samping banyak andaian-andaian yang lain.


BUKTI MALAIKAT MAKSUM SEPERTI DALAM RIWAYAT HADIS KAD ATAU CATATAN TIMBANGAN AMAL


Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT ketika mana Dia menghisab seorang lelaki di hadapan sekalian manusia pada Hari Kiamat, dibentangkan buatnya 99 fail di mana setiap satu fail adalah sejauh mata memandang.”


Dikatakan kepada lelaki itu:
“Apakah engkau mengingkari mana-mana daripada apa yang dicatatkan? Apakah engkau telah dizalimi oleh malaikat pencatat-Ku?”


Lelaki itu menjawab:

“Tidak wahai Tuhanku.”

Sehingga ke akhir hadis. Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan yang lain.

Baca Juga :   Verb 2 Dari Cut

Dapat dilihat dalam hadis yang dikenali sebagai HADIS KAD ini, ketika mana ditanya kepada lelaki tersebut sama ada dia mengingkari apa-apa catatan malaikat pencatat amal, Dia mengatakan tidak. Dia menafikan, bahkan mengakui serta membenarkan apa yang telah dicatatkan oleh malaikat pencatat amal.

Secara tidak langsung dapat difahami daripada hadis ini bahawa para malaikat pencatat amal, mereka bukan sahaja bersifat maksum, bebas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan, malah mereka tepat serta cekap dalam melaksanakan tugas yang diberikan.


DAKWAAN MALAIKAT MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK DIDUKUNG OLEH MANA-MANA DALIL SAHIH DAN AMALAN SAHABAT, BAHKAN IA SUATU TUDUHAN, CELAAN DAN SANGKAAN BURUK KEPADA ALLAH TAALA

Justeru, dakwaan bahawa malaikat boleh melakukan kesalahan dan kesilapan hanyalah dakwaan yang bersifat andaian yang tidak didukung mana-mana dalil yang sahih dan jelas daripada Al-Quran, As-Sunnah ataupun fahaman Salaf As-Soleh. Malah ia juga satu tuduhan serta celaan terhadap para malaikat, di samping berburuk sangka terhadap makhluk mulia ciptaan Allah ini.

Malaikat Bersifat Maksum Artinya

Source: https://jalanselamat1.wordpress.com/2018/12/17/allah-ciptakan-malaikat-dengan-sifat-maklum-mendakwa-malaikat-membuat-kesalahan-adalah-suatu-hinaan-kepada-nya/